S
Anda mungkin pernah mendengar salah satu daripada
keduanya, namun mungkin karviar lebih popular memandangkan ia adalah
sejenis makanan yang dianggap mewah dihasilkan daripada telur-telur ikan
sturgeon. Ikan ini dianggap sebagai ikan purba yang masih terdapat
sehingga ke hari ini dengan bilangan yang semakin sedikit dan diancam
kepupusan.
Ikan sturgeon merupakan ikan yang mendiami perairan air tawar dan juga air payau (brackish water).
Manakala sesetengah spesis adalah merupakan spesis air tawar
sepenuhnya. Terdapat 27 spesis kesemuanya yang terbahagi kepada 4 genus (genera) iaitu; Acipenser, Huso, Scaphirhynchus dan Pseudoscaphirhynchus. Terdapat 4 spesis yang dikatakan telah pupus sepenuhnya. Ikan ini dikesan telah wujud semenjak zaman Triassic
lagi iaitu 245 ke 208 juta tahun dahulu. Ia adalah antara spesis yang
tidak mengalami banyak perubahan semenjak penemuan rekod fosil yang
dilakukan.
Ikan ini kurang dikenali di bahagian tropika kerana
mendiami perairan sub-tropika dan juga sub-artik di Amerika Utara dan
Eurasia. Di bahagian Amerika Utara ia terdapat di sepanjang perairan
Atlantik daripada Teluk Mexico sehinggalah ke Newfoundland, termasuk di
Great Lakes dan di St. Lawrence, Missouri dan Mississippi. Di bahagian
Barat pula ia boleh didapati di sungai-sungai utama di California, Idaho
sehinggalah ke British Columbia. Begitu juga sebahagiannya lagi
terdapat di bahagian Laut Atlatik di Eropah termasuk lembangan
Mediterranean, terutamanya di Laut Adriatic dan sungai-sungai di Utara
Itali. Sungai-sungai yang mengalir ke Caspian, sungai sungai di Asia
tengah (Amu Darya dan Syr Darya) dan Tasik Baikal. Bagi Lautan Pasifik
pula, ia boleh didapati di Sungai Amur sepanjang persepadanan
Russia-China, Pulai Sakhalin dan Yangtze dan sungai-sungai lain di Timur
Laut China.Berdasarkan hasil studi terhadap Ikan Sturgeon di Laut Caspia terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan penurunan populasi sebagai berikut : 1.
Penangkapan liar dan penangkapan yang berlebih. 2. Pembangunan dam
sungai yang menuju Laut Caspia.3. Kerusakan tempat mijah karena erosi
dan pengambilan pasir dan batu dari dasar sungai. 4. Faktor lingkungan
yang tidak sesuai seperti pencemaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar