S
| STURGEON WHITE |
Anda mungkin pernah mendengar salah satu daripada
keduanya, namun mungkin karviar lebih popular memandangkan ia adalah
sejenis makanan yang dianggap mewah dihasilkan daripada telur-telur ikan
sturgeon. Ikan ini dianggap sebagai ikan purba yang masih terdapat
sehingga ke hari ini dengan bilangan yang semakin sedikit dan diancam
kepupusan.
Ikan sturgeon merupakan ikan yang mendiami perairan air tawar dan juga air payau (brackish water).
Manakala sesetengah spesis adalah merupakan spesis air tawar
sepenuhnya. Terdapat 27 spesis kesemuanya yang terbahagi kepada 4 genus (genera) iaitu; Acipenser, Huso, Scaphirhynchus dan Pseudoscaphirhynchus. Terdapat 4 spesis yang dikatakan telah pupus sepenuhnya. Ikan ini dikesan telah wujud semenjak zaman Triassic
lagi iaitu 245 ke 208 juta tahun dahulu. Ia adalah antara spesis yang
tidak mengalami banyak perubahan semenjak penemuan rekod fosil yang
dilakukan.

