Selasa, 04 April 2017

S

STURGEON WHITE
Anda mungkin pernah mendengar salah satu daripada keduanya, namun mungkin karviar lebih popular memandangkan ia adalah sejenis makanan yang dianggap mewah dihasilkan daripada telur-telur ikan sturgeon. Ikan ini dianggap sebagai ikan purba yang masih terdapat sehingga ke hari ini dengan bilangan yang semakin sedikit dan diancam kepupusan.

Ikan sturgeon merupakan ikan yang mendiami perairan air tawar dan juga air payau (brackish water). Manakala sesetengah spesis adalah merupakan spesis air tawar sepenuhnya. Terdapat 27 spesis kesemuanya yang terbahagi kepada 4 genus (genera) iaitu; Acipenser, Huso, Scaphirhynchus dan Pseudoscaphirhynchus. Terdapat 4 spesis yang dikatakan telah pupus sepenuhnya. Ikan ini dikesan telah wujud semenjak zaman Triassic lagi iaitu 245 ke 208 juta tahun dahulu. Ia adalah antara spesis yang tidak mengalami banyak perubahan semenjak penemuan rekod fosil yang dilakukan.

Ikan ini kurang dikenali di bahagian tropika kerana mendiami perairan sub-tropika dan juga sub-artik di Amerika Utara dan Eurasia. Di bahagian Amerika Utara ia terdapat di sepanjang perairan Atlantik daripada Teluk Mexico sehinggalah ke Newfoundland, termasuk di Great Lakes dan di St. Lawrence, Missouri dan Mississippi. Di bahagian Barat pula ia boleh didapati di sungai-sungai utama di California, Idaho sehinggalah ke British Columbia. Begitu juga sebahagiannya lagi terdapat di bahagian Laut Atlatik di Eropah termasuk lembangan Mediterranean, terutamanya di Laut Adriatic dan sungai-sungai di Utara Itali. Sungai-sungai yang mengalir ke Caspian, sungai sungai di Asia tengah (Amu Darya dan Syr Darya) dan Tasik Baikal. Bagi Lautan Pasifik pula, ia boleh didapati di Sungai Amur sepanjang persepadanan Russia-China, Pulai Sakhalin dan Yangtze dan sungai-sungai lain di Timur Laut China.Berdasarkan hasil studi terhadap Ikan Sturgeon di Laut Caspia terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan populasi sebagai berikut : 1. Penangkapan liar dan penangkapan yang berlebih. 2. Pembangunan dam sungai yang menuju Laut Caspia.3. Kerusakan tempat mijah karena erosi dan pengambilan pasir dan batu dari dasar sungai. 4. Faktor lingkungan yang tidak sesuai seperti pencemaran.

Senin, 03 April 2017

Ikan Coelacanth atau ikan Raja Laut
(360 juta tahun)

Kata Coelacanth diambil dari bahasa Yunani yang berarti duri berongga. Walaupun sedikit, namun sampai sekarang ikan ini masih hidup di Indonesia, Kenya, Tanzania, Mozambik, Madagaskar dan Afrika Selatan.Pada tahun 1998, enampuluh tahun setelah ditemukannya fosil hidup coelacanth Komoro, seekor ikan raja laut tertangkap jaring nelayan di perairan Pulau Manado Tua, Sulawesi Utara. Ikan ini sudah dikenal lama oleh para nelayan setempat, namun belum diketahui keberadaannya di sana oleh dunia ilmu pengetahuan. Ikan raja laut secara fisik mirip coelacanth Komoro, dengan perbedaan pada warnanya. Yakni raja laut berwarna coklat, sementara coelacanth Komoro berwarna biru baja.